Bercakap tentang Moratorium, sejauh mana kefahaman anda tentang hal ini? Abang percaya masih ada sebilangan umum kurang jelas atau mungkin terkeliru. Hakikatnya, bukan tidak perlu bayar langsung, tetapi hanya menangguh bayaran loan jika sumber pendapatan anda terjejas semasa pandemik Covid 19. Apapun, hubungi bank anda untuk mengetahui informasi lanjut dan tepat. Semoga kita mendapat manfaat daripada penangguhan pembayaran ini. Buatlah keputusan bijak. Waktu sama, terus kekal selamat dan sihat!